Bermula dari sebuah perbualan masa minum pagi di kafe Wisma PERKESO pada awal bulan Jun 2013, seseorang mencadangkan untuk berjalan-jalan ke Bangkok menggunakan van dengan tujuan untuk mengenal bumi Thailand secara darat dan merentasi seluruh wilayah selatan Thai sampai ke wilayah Bangkok.
Apabila cadangan itu disambut dan mendapat respon dari ramai kawan-kawan kami bersetuju untuk menggerakkan projek wisata ini di kalangan lelaki sahaja dan tidak melebihi 10 orang. Skala ini diputuskan dengan tujuan senang diurusi dan bisa bergerak dengan pantas. Apa lagi kami semua tidak pernah ke Bangkok. Paling jauh pun hanya setakat Hatnyai.
Apa yang anihnya, tidak ada kaum muda yang berminat untuk menyertai projek ini. Boleh dikatakan semuanya otai-otai yang menyatakan persetujuan. Nak kata mereka kekurangan ongkos, tak jugak, sebab mereka pakai gajet mahal-mahal. Sedangkan para otai ini pakai gajet screen macam kuku ibu kaki je..He..he... Mungkin mereka merasa segan untuk bermusafir dengan otai-otai yang selalu sakit pinggang ni.
Tindakan segera telah dibuat oleh En.Ramli Awang untuk menghubungi seseorang yang boleh membawa kami menjelajahi Thai yang menggamit rindu. Puan Fauziah, seorang wanita cekal yang tinggal di Pasir Mas merupakan tourist guide yang aktif membawa para wisatawan ke Thailand dan berpengelaman di semua tempat menarik di Thailand.
Beliau menasihati supaya perjalanan ini menggunakan bas eksekutif dua tingkat yang selesa dan tidak memenatkan untuk perjalanan yang sangat jauh yakni hampir mencecah 4000 km (sepanjang penjelajahan ini). Untuk sebuah bas seperti ini kami memerlukan seramai 45 hingga 49 peserta. Wah!. Ini satu masalah ni. Ini dah jadi projek besar ni.
Apabila berbincang, kami bersetuju untuk mencuba projek ini dengan membuka penyertaan kepada peserta perempuan dan famili masing-masing.
Maklumat intenari perjalanan, tambang, tarikh dan cara bayaran mula dikumpul dan dibincanglumatkan. Hubungan dengan Puan fauziah( selepas ini kami memanggilnya Kak Yah) terus dijalankan. Akhirnya kami bersetuju memilih 1 hingga 5 November 2013 untuk berwisata ke Thailand. Harga yang ditetapkan ialah RM550 seorang. dan setiap bulan sesorang perlu membayar RM110 seorang setiap bulan untuk selama lima bulan.
Alangkah terkejutnya kami, apabila pendaftaran di buka dan dilancarkan, semua tempat telah ditempah dan penuh dalam masa satu hari sahaja. Disebabkan tempat terhad, ramai yang tidak dapat mendaftar. Keadaan ini menyebabkan kami bersemangat untuk menjayakan projek ini.
Apakah proses persiapan awal ini berjalan lancar, mulus dan damai?.
Nanti akan saya ceritakan di catatan akan datang.
Tahniah ..
BalasPadamdari satu perancangan bersantai telah menjadi kenyataan sebuah perjalanan di bumi siam .. sawadee karp !!
BalasPadam