Tempoh lima bulan bertungkuslumus membuat gerak kerja untuk menjayakan projek Wisata Thailand 2013 memangkas tenaga dan masa yang bukan sedikit. Kekuatan untuk bertahan menghadapi kerenah peserta sangat mencabar. Justeru ada yang liat atau bertangguh untuk membayar bulanan ( bukan tak mau membayar, tapi perlu diingatkan beberapa kali ). Namun ada yang sangat comitted membayar apabila sampai masanya. Kebimbangan apabila bertunggak, ia akan menjadi beban yang sangat berat. Jadi saya terpaksa bertegas dan bersikap rajin melawat sahabat-sahabat yang lewat membayar. Keseluruhannya peserta tiada masalah membayar kerana mereka bercitacita untuk menikmati wisata ini.
Cabaran kedua ialah selalu ada peserta menarik diri dan kekosongan tempat perlu diisi, kalau tidak projek ini akan gagal kerana tidak cukup korum. Tapi ajaibnya, saya tidak berdepan dengan masalah pengganti, kerana kekosongan yang sering berlaku, walau di saat-saat akhir pasti ada pengganti dan pasti menjadi rebutan. Untuk mengatasi masalah ini secara mudah, projek ini terpaksa dibuka kepada peserta luar, yakni bukan di kalangan kakitangan Pejabat Projek Zon Timur. Alhamdulillah tempat senentiasa penuh sampai hari bertolak.
Saya sangat memahami bahawa tempuh lima bulan boleh menguras semangat peserta. Semangat menjadi kendur. Bermacammacam erkara dibangkitkan. Ada yang membangkitkan tentang ancaman banjir di Bangkok. Tapi sahabat saya dan jugak salah satu peserta Tuan Haji Adli ada jawapannya. Katanya" Apa takut dengan banjir. Bangkok memang kota raya banjir. Kalu banjir kita naik tingkat atas, bas kita dua tingkat kan?". Kami gelak bersama.
Ada yang menimbulkan soal pengeboman di wilayah Selatan Thai. Jadi selamatkah?. Malaysia jugak berlaku tembak menembak setiap hari, tapi kita merasa selamat je..
Tapi saya percaya semua ini adalah isyarat bahawa semangat peserta telah mulai kendur kerana masa lima bulan sangat lama. Jadi saya terpaksa berinisiatif mengambil kaedah perang saraf unggun api. Taktik menakutkan musuh dengan membuat unggun api sebanyak-banyaknya. Strategi ini telah dibuat oleh parti politik hari ini. Mereka akan memasang bendara parti sebanyak-banyaknya untuk membuatkan rakyat percaya bahawa partinya sangat kuat dan berpengaruh di kawasan itu. Pada hal ahlinya seramai lima belas orang je.
Lalu setiap bulan saya membuat poster untuk ditampal di pejabat dan post kat FB. Ini boleh membakar semarak semangat peserta dan sekali gus mengingatkan mereka tentang bayaran bulan.
Apabila bulan -bulan terakhir mendekati November saya kerap menghubungi Kak Yah untuk konformasi dan melapur dan memperoleh maklumat terbaru dari beliau. Sayang,ada beberapa perkara yang terlepas pandang meyebabkan wisata kami kelak ada musibah. Akan saya ceritakan, pada masa nya nanti.
Pertemuan demi pertemuan diadakan untuk memaklumi perkembangan dan ketetapan seperti tempat dan masa pertemuan. Urusan pasport dan urusan tukarduit dipersetujui masing-masing peserta mengurusnya sendiri. Semuanya berjalan lancar.
Kami jugak bersetuju untuk menyewa bas dari Kuala Terengganu ke Rantau Panjang. Akhirnya bas diperolehi dengan kadar sewa RM1500 pergi dan balik. Jadi setiap kepala kena bayar RM48.00 sorang. Kira Ok la tu..
Menjelang November kami dikejutkan dengan surat dari jabatan yang tidak meluluskan keluar negara dan mereka meminta surat sokongan dari Pengarah Zon pulak. Apa yang mengecewakan kami ialah kenapa surat jawapan persis itu dihantar lewat, malah di saat-saat akhir kepada kami, sedangkan permohonan dibuat lebih dari sebulan sebelum tarih bertolak. Saya tidak pasti di mana salahsilapnya.
1 November, hari khamis malam jumaat kami bersetuju untuk berkumpul di depan Wisma PERKESO jam 3.00 pagi untuk menaiki bas dan dijangka sampai di Imigresen Rantau Panjang ada jam 8.00 pagi esok.
Catatan seterusnya bermula kembara panjang kami dengan Catatan Hari Pertama I. Tungguuuu..wasalam.